Selamat datang ke Ruangan e-Store Buah Premium Golden Melon 🍈 dan Harumanis Asli Perlis 🥭 Stuff Grocer
Stuff Grocer Buah-buahan Premium - Golden Melon & Harumanis – Kesegaran Terus Sampai ke Pintu Anda
Sejak tahun 2016, Stuff Grocer komited sebagai platform online pilihan ramai yang memudahkan urusan membeli barangan keperluan harian. Daripada barangan segar dan sejuk beku seperti ayam, daging, makanan laut, hidangan sedia masak dan sedia makan, hinggalah ke barangan rumah terpilih — semuanya dipilih dengan teliti untuk memastikan kualiti, rasa terbaik dan jaminan Halal buat anda.
Pada tahun 2022 hingga 2024, Stuff Grocer mengembangkan lagi pilihan produk dengan memperkenalkan buah-buahan premium terpilih, dimulakan dengan Golden Melon dan seterusnya Mempelam Harumanis Asli Perlis yang sentiasa menjadi rebutan ramai.
Golden Melon dibawakan hasil kerjasama dengan ladang Melon (Golden Melon & Rock Melon) didikan Jabatan Pertanian & UPM berhampiran UPM, Serdang. Setiap tahun ada sekurang-kurangnya 2-3 musim untuk dinikmati. Perkhidmatan istimewa ini telah membawakan terus kepada pelanggan sehingga kini melebihi 500kg buah Golden Melon ke serata pelusuk Semenanjung Malaysia. Melalui Platform Stuff Grocer Melon Harumanis ini dibawakan 2 buah-buahan premium yang manis dengan bacaan Brix >15.

Alhamdulillah, sejak diperkenalkan pada 2024, Melalui kerjasama bersama pengusaha dan pengeluar Harumanis berpengalaman di Perlis, kami membawakan pilihan terbaik seperti Grade A (6–7 biji sekotak), minimum Grade AB (7–9 biji sekotak), dan kadangkala Grade AA eksklusif (5–6 biji sekotak) yang mendapat sambutan yang sangat baik dengan lebih 400 kotak berjaya dihantar kepada pelanggan sehingga kini. Setiap kotak diambil terus dari ladang Harumanis di Perlis dan dihantar segar bagi memastikan rasa, aroma dan kualiti terbaik sampai ke tangan anda.
Stuff Grocer — Segar, Premium & Mudah Dinikmati.
